Tiada Jalan Singkat Untuk Berjaya

Mengikut kata-kata orang yang berjaya seringkali kita dengar 'Tiada jalan singkat untuk berjaya'.. Jalan kejayaan dibaluti dengan kepayahan dan dugaan. 



Bukan senang untuk senang dan bukan susah untuk susah. Kalau nak senang "kecik kecik mesti belajar sampai pandai, dah pandai nanti boleh masuk universiti.. lepas dapat ijazah boleh dapat kerja bagus-bagus" - pendapat ini rasanya dah tak boleh pakai lagi sebab ramai graduate atau siswazah masih menganggur menunggu peluang yang sesuai dengan kelayakan akedemik mereka.


"Kalau kerja swasta gaji tak tetap. Status kontrak ajer. Kalau dapat kerja goverment senang, dapat gaji tetap. Takkan kena buang. Lepas tu dapat pencen" - Inilah mentaliti masyarakat kita... nak kerja senang tapi selalu merungut tak cukup duit


 Sebenarnya KEJAYAAN adalah berkait rapat dengan RISIKO KEGAGALAN. Sekiranya ambik risiko yang sedikit maka kejayaan pun sedikit. Sekiranya kita mengambil risiko yang besar, kejayaan yang datang pasti besar.


Sudah menjadi lumrah, pekerjaan yang tiada risiko ramai orang akan suka dan pekerjaan yang mempunya risiko kegagalan yang tinggi tak ramai yang suka.  Sebagai contoh.. pekerjaan yang yang senang dan kurang berisiko banyak dimonopoli oleh orang Melayu seperti kerani, pembantu pejabat, jurutol, pengawal keselamatan, despatch. Selagi kerja jalan selagi tu akan dapat duit gaji. Tiada risiko. Boleh dapat lebih kalau buat kerja overtime.

Manakala pekerjaan yang tidak mempunyai gaji yang tetap dan berisiko lebih digemari oleh golongan yang sedikit. Golongan mereka lebih sedikit tapi disebabkan mereka berani mengambil risiko maka kejayaan besar menanti mereka. Sebagai contoh golongan kaya lebih berminat menceburi bidang perniagaan secara besar besaran.

Berikut saya atttachkan suatu video dari youtube yang saya percaya boleh membuka minda anda...

Tahap Manakah Status Pendapatan Anda?

Pernahkah anda terfikir mengapa golongan miskin sentiasa berada dibawah dan golongan kaya sentiasa diatas? Mengikut sumber diatas, purata pendapatan golongan miskin Malaysia adalah RM3,000 manakala golongan kaya pula adalah RM30,000 sebulan.  

Jumlah perbezaan yang sangat jauh iaitu 10 X ganda.  Ramai orang miskin yang merungut gaji sikit dan orang kaya gaji banyak. Dimanakah keadilan?

Adakah golongan kaya bekerja lebih masa iaitu 10 X ganda dari golongan miskin? Jawapannya tidak ... orang kaya selalu kerja lagi singkat dan mereka juga banyak menghabiskan masa bermain golf dan aktiviti kegemaran mereka.

Adakah golongan kaya mempunyai pendidikan 10 X ganda dari golongan miskin? Jawapannya tidak.. Banyak contoh jutawan yang tidak menghabiskan pelajaran rasmi mereka. Sebagai contoh : Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (Yayasan Al Bukhary), Tan Sri Lim Goh Tong (Genting), Bill Gates (Microsoft) dan ramai lagi tidak menghasbikan pendidikan rasmi mereka.

Adakah golongan kaya mempunyai umur 10 tahun atau lebih banyak dari kita? Jawapannya tidak. Sebagai contoh Mark Zuckerberg, pengasas laman sosial facebook menjadi jutawan dalam usia yang muda.

Pada pendapat peribadi anda adakah ini adil?  Pada pendapatan peribadi saya ia adalah adil dan saksama. Saya telah menemui suatu rahsia mengapakah keadaan ini berlaku.  Mahukah saya berkongsi dengan anda? Teruskan membaca dan saya akan kupas jawapannya satu persatu.