Pernahkah anda terfikir mengapa golongan miskin sentiasa berada dibawah dan golongan kaya sentiasa diatas? Mengikut sumber diatas, purata pendapatan golongan miskin Malaysia adalah RM3,000 manakala golongan kaya pula adalah RM30,000 sebulan.
Jumlah perbezaan yang sangat jauh iaitu 10 X ganda. Ramai orang miskin yang merungut gaji sikit dan orang kaya gaji banyak. Dimanakah keadilan?
Adakah golongan kaya bekerja lebih masa iaitu 10 X ganda dari golongan miskin? Jawapannya tidak ... orang kaya selalu kerja lagi singkat dan mereka juga banyak menghabiskan masa bermain golf dan aktiviti kegemaran mereka.
Adakah golongan kaya mempunyai pendidikan 10 X ganda dari golongan miskin? Jawapannya tidak.. Banyak contoh jutawan yang tidak menghabiskan pelajaran rasmi mereka. Sebagai contoh : Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary (Yayasan Al Bukhary), Tan Sri Lim Goh Tong (Genting), Bill Gates (Microsoft) dan ramai lagi tidak menghasbikan pendidikan rasmi mereka.
Adakah golongan kaya mempunyai umur 10 tahun atau lebih banyak dari kita? Jawapannya tidak. Sebagai contoh Mark Zuckerberg, pengasas laman sosial facebook menjadi jutawan dalam usia yang muda.
Pada pendapat peribadi anda adakah ini adil? Pada pendapatan peribadi saya ia adalah adil dan saksama. Saya telah menemui suatu rahsia mengapakah keadaan ini berlaku. Mahukah saya berkongsi dengan anda? Teruskan membaca dan saya akan kupas jawapannya satu persatu.